Fungsi setiap nutrisi kepada sistem tubuh kita adalah
berbeza. Vitamin seperti vitamin A, B, E dan K memberikan impak dan fungsi
berbeza kepada tubuh. Mahu tak mahu memang kita perlukan kesemuanya dalam
kuantiti yang berbeza.
Salah satu vitamin yang penting kepada tubuh adalah vitamin C. Vitamin C sangat
popular, apa-apa hal semua orang sebut vitamin C dan sumbernya pula mudah untuk
ditemui. Sumber semulajadi vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan
sayur-sayuran.
Adakah kita betul-betul kenal dengan vitamin c ini??
Apakah fungsinya, kebaikannya, dan apakah kesannya akibat kekurangan vitamin
ini?
Jom saya kongsikan sikit ilmu berkaitan dengan vitamin
C.
Apakah vitamin C?
Vitamin C, atau turut dikenali sebagai asid askorbik
ialah vitamin larut air. Vitamin ini bertindak sebagai antioksidan yang
memerangi radikal bebas daripada merosak dan memusnahkan sel. Ianya Merupakan
vitamin penting dalam pembentukan kolagen dan meningkatkan sistem imun tubuh.
Siapa
yg perlukan vitamin C
Secara generalnya, semua orang yang sihat memerlukan
vitamin c kerana tanpa vitamin c yang mencukupi, kita akan lebih mudah terdedah
kepada risiko dijangkiti penyakit.
Tetapi ada golongan yang secara spesifiknya lebih
memerlukan vitamin C kerana risiko untuk golongan ini mendapat penyakit lebih
tinggi seperti perokok dan second hand smokers (sebatang rokok
boleh memusnahkan 25mg vitamin C), pengguna
alcohol (alcohol boleh mencairkan asid askorbik dlm darah dan meningkatkan
kehilangan vitamin C melalui air kencing), mereka
yang sentiasa ‘stress’ (bila kita stress, vitamin c akan musnah dan
menyebabkan kelenjar adrenal tidak mendapat bekalan vitamin c yang secukupnya.
Salah satu fungsi Kelenjar adrenal ialah mengawal metobolisme tubuh. Bila tidak
mendapat vitamin C yang secukupnya, oxidation level (proses metabolisme makanan
kepada tenaga) dalam darah akan meningkat, menyebabkan kelenjar adrenal tidak
dapat menyingkirkan toksin dan menyebabkan tubuh terdedah kepada risiko
mendapat penyakit.
Bahaya
Kekurangan Vitamin C
Skurvi
mungkin penyakit yang jarang berlaku dalam masyarakat di negara ini tetapi ia
bukanlah sesuatu yang asing dan berpunca daripada kekurangan vitamin C yang
berpanjangan dalam diet seseorang. Bagi mereka yang tidak gemar makan
buah-buahan atau sayur-sayuran, selain tidak mengambil suplemen vitamin C,
mereka tetap boleh terdedah kepada skurvi sekiranya keadaan itu dibiarkan dalam
tempoh yang lama.
Antara
simptom akibat dari kekurangan Vitamin C adalah
- Gusi
sentiasa berdarah (kekurangan pembentukan kolagen)
- Tanda
lebam pada badan
- Luka
lambat sembuh
- Sering
letih dan lemah
- Anemia
- Rambut
kerapkali gugur
- Sakit
sendi
- Darah
dalam mata
- Kulit
kering dan gatal
- Mengalami
depression
- Ekzema
- Kurang
selera makan
- Masalah
pencernaan
- Kekurangan
berat badan
Selain
itu terdapat juga golongan yang berisiko mendapat penyakit skurvi. Antaranya
ialah:
- Bayi yang hanya diberikan susu lembu dalam tempoh
satu tahun usianya.
- Individu yang gemar mengambil alkohol.
- Mereka yang suka mengamalkan diet ikutan.
- Golongan yang berusia yang gemar makan roti dan teh
saja.
- Pesara yang tinggal sendirian.
- Mereka yang gemarkan makanan ringan.
- Golongan susah dari segi kewangan dan mengelak
membeli buah atau sayuran.
- Pelarian yg hanya mendapat bekalan makanan terhad.
- Perokok.
- Wanita mengandung atau sedang menyusukan bayi.
Mereka memerlukan lebih banyak vitamin C.
- Pesakit aneroksia.
- Pesakit diabetes jenis satu.
- Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis.
- Mereka yang pernah menjalankan pembedahan pintasan
gastrik untuk mengurangkan berat badan.
- Mereka yang memiliki kandungan zat besi terlalu
tinggi dalam badan.
Panduan
memilih vitamin C di pasaran
Terdapat pelbagai jenis jenama vitamin C dipasaran,
tetapi bagaimana nak tahu vitamin C yang paling selamat dan berkesan untuk
kita?
- Pilih
vitamin C dengan dos yang betul- cadangan dos 500mg sehari
- Berasaskan
tumbuhan, dan time-release product (mcm sustained release)
- Mengandungi
Bioflavinoids dan jumlahnya harus seimbang dengan vitamin C (500mg vitamin C:
120 mf bioflavonoids) Telah
diuji secara klinikal dan berkesan terhadap tubuh manusia
- Melalui
pembacaan label – huruf “I” bagi tiruan dan “d” bagi semulajadi.
- Melalui
perkataan “ko-faktor” seperti “bioflavinoids” atau “biogradable”
Apakah
dos pengambilan vitamin C yg badan perlukan
Dos berbeza mengikut umur dan keperluan.
US RDA untuk
dewasa ialah60mg, tetapi disebabkan faktor pemakanan, persekitaran, jumlah yang
lebih tinggi diperlukan iaitu 250-500mg.
Vitamin sangat mudah musnah oleh haba,
persekitaran, stress, penyediaan makanan. Bagi yang mengalami masalah
kesihatan, disyorkan untuk mengambil 500mg sehari.
Apa
perbezaan viitamin C Shaklee dgn vitamin C yg lain
- Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara
‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh
selama 24 jam.
- Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c
secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
- Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan
7biji setengah oren.
- Membekalkan ‘Bioflavinoids’ dalam jumlah yang seimbang
iaitu 120mg (elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c,
elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
- Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah( Untuk kanak2)
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C
digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Perlu
ke ambil vitamin c ni? Perlu sangat2..sebab tu dalam set paling asas Family
wellness , set menyusu, skin care semua ada vitamin C.
Berminat nak cuba? Nak dapatkan konsultasi secara
berterusan?
Sebarang pertanyaan atau order
Pm/ whatsapp me now!
I’m a Shaklee Independent Distributor :)
Wahida / 0175655426
COD Durian Tunggal, Ayer Keroh serta kawasan
berdekatan. MELAKA.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia
FB : WahidaVitaminStore